suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahmod Abas Kemuka Permohonan Rasmi

NEW YORK: Presiden Mahmod Abbas secara rasminya meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menerima Palestin sebagai negara anggota penuh badan dunia itu di Perhimpunan Agung PBB di sini, Jumaat.

Tanpa mengendahkan tentangan daripada Amerika Syarikat dan Israel, Abbas menyerahkan surat permohonan itu kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pada pukul 11.35 pagi (11.35 malam waktu Malaysia) dengan sokongan 120 negara yang telah pun mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Beliau membuat permohonan itu dalam surat yang diserahkan kepada Ki-moon yang diletakkan di dalam fail dihiasi logo helang Palestin.

Ki-moon kini perlu menyerahkan permohonan itu kepada Majlis Keselamatan PBB, tetapi undian untuk membenarkan Palestin menjadi negara anggota penuh mungkin akan mengambil masa berminggu-minggu. – AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain