suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perdana Menteri India, 30 Menteri Kabinet Isytihar Harta

NEW DELHI: Perdana Menteri India Manmohan Singh dan kira-kira 30 menteri Kabinetnya pada Sabtu telah mengisytiharkan harta peribadi masing-masing.

Menurut laman web Pejabat Perdana Menteri, harta peribadi beliau berjumlah 51 juta Rupee (RM3.9 juta) termasuk wang tunai di bank, tanah dan harta (dua buah rumah dan sebuah kereta jenis Maruti 800cc).

Berdasarkan maklumat dalam laman web berkenaan, menteri Kabinet yang paling kaya ialah Menteri Pembangunan Bandar Kamal Nath, dengan nilai harta (termasuk milik keluarganya) berjumlah 2.63 bilion Rupee (RM165 juta).

Yang paling miskin pula dalam kalangan mereka ialah Menteri Pertahanan A. K. Antony, yang berasal dari Kerala, dengan nilai harta 10 juta Rupee (RM666,000).

Perisytiharan harta itu dibuat mengikut Kod Tatalaku bagi menteri.

Namun begitu tidak semua menteri mengisytiharkan harta mereka.

Seramai 72 daripada 77 menteri mengumumkan kepada awam harta peribadi mereka -- yang dilihat sebagai langkah mempromosikan ketelusan yang lebih meluas dalam kerajaan -- semasa parti memerintah sedang menghadapi krisis kewibawaan.

Sejak akhir-akhir ini gabungan United Progressive Alliance, yang diketuai Manmohan, berdepan tekanan hebat selepas berlakunya kes-kes rasuah besar seperti rasuah Sukan Komanwel dan penipuan telekomunikasi yang menjadi tajuk utama akhbar. - BERNAMA

Artikel Lain