suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi 7.1 Pada Skala Richter Gegar Kepulauan Aleutian

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sekuat 7.1 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Aleutian di Lautan Pasifik Utara pada pukul 6.56 petang Jumaat.

Menurut Jabatan Meteorologi gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Bagaimanapun jabatan akan terus memantau perkembangan gempa bumi itu.

Sementara itu, satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter menggegarkan Santiago Del Estero di Argentina pada pukul 9.47 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia, dan jabatan terus memantau perkembangannya. - BERNAMA

Artikel Lain