suria

Presiden Singapura S.R. Nathan Akhiri Tempoh Jawatan

SINGAPURA: Presiden Singapura yang paling lama berkhidmat, Sellapan Ramanathan, bertugas buat kali terakhir Rabu selepas 12 tahun memegang jawatan itu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai S.R. Nathan, 87, mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden Singapura yang keenam pada 1 September, 1999 apabila memenangi jawatan itu tanpa bertanding.

Beliau tidak dicabar dalam pilihan raya presiden republik itu pada tahun 2005 dan mengumumkan tidak bertanding pada pilihan raya baru-baru ini.

Beliau dijadual menyerahkan tugas kepada Dr Tony Tan Keng Yam, yang memenangi pilihan raya presiden Sabtu lepas, di Istana, Khamis.

Sepanjang perkhidmatannya, Nathan dikenali sebagai presiden yang menekankan sifat penyayang di kalangan masyarakat republik ini.

Nathan berkata pencapaian terbesar beliau selaku presiden ialah kejayaannya menyatukan masyarakat Singapura yang berbilang kaum. - BERNAMA

Artikel Lain