suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Berani Mati Letupkan Diri: 7 Terkorban

PESHAWAR: Seorang wanita berani mati telah meletupkan dirinya - letupan bom yang pertama sepanjang bulan Ramadan - di sini membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang.

Peshawar, adalah bandar yang bersempadan dengan Afghanistan dan disifatkan sebagai sarang puak Al-Qaeda.

Menurut rekod polis, ini adalah wanita yang ketiga yang bertindak meletupkan dirinya di tempat awam dalam usaha menentang kerajaan yang mereka sifatkan sebagai sekutu Amerika.

Sejak 2007, 4,500 orang telah terkorban atau menjadi mangsa pertempuran antara puak Taliban/Al-Qaeda dengan kerajaan.

Dalam insiden terbaru ini, wanita tersebut yang disifatkan hanya berusia 17 atau 18 tahun telah melemparkan bom tangan ke arah sebuah pusat pemeriksaan polis dan selepas itu dan kemudian meletupkan dirinya sendiri.

Sekitar 16 orang telah dimasukkan ke hospital termasuk seorang kanak-kanak berusia 10-tahun.

Artikel Lain