suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk Sikh London Awasi Kuil Selepas Ancaman Perusuh

LONDON: Beratus penduduk berbangsa Sikh berkumpul di luar kuil mereka dekat kawasan Southall pada Selasa selepas timbul khabar angin di laman web sosial Twitter yang mengatakan tempat ibadah mereka akan menjadi kawasan bakal diserang perusuh.

Lelaki-lelaki Sikh yang memakai pakaian tradisional termasuk kirpan iaitu senjata tradisional seperti pisau mengetuai doa manakala yang lain mengawasi kawasan berhampiran menggunakan kereta dan motosikal.

Penasihat jawatankuasa kecemasan, Amarjit Singh Dhillon menjelaskan kepada pemberita bahawa operasi itu dibuat semata-mata untuk mempertahankan diri.

Sunny Bangea, 23, berkata dia bersedia untuk berlawan mengikut cara perusuh untuk melindungi kuil dan komuniti disekelilingnya.

"Pada malam Isnin, geng perusuh cuba membakar kuil tetapi tiada kerosakan berlaku dan sejak itu kami mengawasi kuil 24 jam sehari," katanya. -AFP

Artikel Lain