suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Pelarian Myanmar Dari Malaysia Tiba Di Australia

MELBOURNE: Kumpulan pertama 13 pelarian Myanmar dari kumpulan minoriti etnik Chin dari Malaysia telah tiba di Australia pada Khamis di bawah perjanjian pertukaran pendatang antara Canberra dan Kuala Lumpur yang dimeterai bulan lalu.

Menurut laporan Australian Associated Press (AAP), lapan daripada mereka akan ditempatkan semula di Melbourne dan lima lagi di Adelaide manakala tambah tujuh lagi akan ditempatkan semula di dua bandar raya itu minggu depan.

Sumber kerajaan memberitahu AAP bahawa pelarian itu sudah diproses di Malaysia sebelum perjanjian itu dimuktamadkan dan ia bermakna mereka tidak diambil kira antara tambahan 1,000 pelarian yang diterima oleh Australia tahun ini.

Mengikut perjanjian pertukaran pendatang itu, Australia menghantar 800 pencari suaka ke Malaysia dan menerima 4,000 pelarian yang sudah diproses dari Malaysia. - BERNAMA

Artikel Lain