suria

5 Korban Letupan Di Selatan Afghanistan

KABUL: Empat orang awam dan seorang anggota polis terkorban pada Selasa apabila sebuah bom meletup di sebuah bazar di Selatan Afghanistan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 1 tengah hari daerah yang sentiasa bergolak bernama yang terletak di wilayah Uruzgan kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis wilayah, Gulab Shah.

"Bom itu meletup berdekatan dengan sebuah kereta polis," katanya lagi.

Berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), 1,462 orang awam Afghan terbunuh akibat pergolakan di negara tersebut dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ia memperlihatkan peningkatan 15 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2010.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada Julai lalu, pergolakan tempatan menyumbang kepada 80 peratus di atas semua kematian tersebut, kematian yang berpunca daripada pasukan tentera asing (NATO) 14 peratus dan enam peratus lagi tidak dapat dipastikan berpunca dari kumpulan mana.

Separuh daripada jumlah yang terkorban itu adalah disebabkan oleh letupan bom.

Artikel Lain