suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ribut Nock-Ten Ragut Tujuh Nyawa Di Filipina

MANILA: Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban di wilayah Albay apabila hujan lebat dan tanah runtuh yang disebabkan ribut tropika Nock-ten melanda negara ini.

Pegawai kerajaan wilayah Albay, Joey Salceda berkata tiga kanak-kanak telah disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di sebuah kampung manakala dua lelaki maut apabila dihempap sebatang pokok yang tumbang dan dua mangsa yang lain mati dalam ribut.

Salceda berkata, empat lelaki dilaporkan hilang selepas ribut itu menenggelamkan 15 buah pekan pertanian dan tiga buah bandar.

Menurutnya lagi, hujan ribut yang berlaku pada Selasa itu menyebabkan bekalan elektrik terputus dan memaksa sekolah-sekolah ditutup.

Para pengkaji cuaca berkata, ribut Nock-ten berkelajuan 65 kilometer sejam. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain