suria

Tidak Setuju Serang Orang Awam: Pemimpin Taliban Keluar Kumpulan

PARACHINAR (Pakistan): Seorang komander kanan kumpulan Taliban bertindak meninggalkan kumpulan itu kerana tidak bersetuju dengan tindakan menyerang orang awam.

Fazal Saeed memberitahu pemberita pada Isnin bahawa dia akan membentuk kumpulannya sendiri yang diberi nama Tehrik-e-Taliban Islami dan akan menumpukan perhatian menentang tentera NATO di Afghanistan.

Kumpulan Taliban Pakistan pula memfokuskan bertempur dengan askar kerajaan Pakistan yang bersekutu dengan tentera Amerika Syarikat.

Saeed dikenali sebagai seorang ketua Taliban Pakistan dan berkuasa di daerah puak Kurram yang berada di sempadan Afghanistan.

Motif tindakan Saeed keluar dari kumpulan militan berkenaan adalah tidak diketahui sama ada berkaitan dengan operasi yang bakal dijalankan tentera Pakistan di Kurram.

Tentera telah membezakan antara militan Taliban yang berjuang di Pakistan dengan kumpulan yang melakukan serangan di Afghanistan dalam operasi ketenteraan mereka yang terdahulu. -AP

Artikel Lain