suria

Banjir Di Seoul Korban Dua Nyawa

SEOUL: Hujan ribut dan banjir yang melanda Korea Selatan mengorbankan dua nyawa dan mengakibatkan enam orang disyaki meninggal dunia ataupun hilang manakala berpuluh penerbangan terkandas, demikian menurut sumber pada Ahad.

Amaran yang dikeluarkan memberitahu hujan lebat akan terus berlaku akibat ribut tropika Meari.

Menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan, dua orang termasuk seorang pekerja penyelamat dan seorang petani terkorban manakala empat masih lagi hilang dalam banjir yang disebabkan hujan lebat yang bermula beberapa hari lepas.

Pekerja keselamatan itu dijumpai mati pada Sabtu di kawasan desa Yeongwol selepas dihanyutkan arus semasa mencari seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang hilang dalam banjir.

Pusat khidmat cuaca mengeluarkan amaran ribut di hampir kesemua kawasan desa dan memberi amaran bahawa ribut mungkin berlaku dati Ahad sehingga Selasa di kawasan pantai selatan dan barat negara ini apabila Meari melanda di semenanjung.

Lebih dari 50 penerbangan dan 100 perkhidmatan feri terkandas di kawasan selatan dan pantai kerana bencana lam tersebut.

Namun lapangan terbang utama Korea Selatan, Incheon International Airport yang berdekatan Seoul masih tidak terjejas, kata seorang jurucakap lapangan terbang tersebut. -AFP

Artikel Lain