suria

Kumpulan Penjenayah Menembak Mati Ketua Polis Santa Catarina di Mexico

MONTERREY (Mexico): Lebih kurang sedozen lelaki bersenjata telah menyerbu masuk ke sebuah balai polis di bandar Santa Catarina dekat sini pada Isnin dan melepaskan berdas tembakan sehingga membunuh ketua polis balai berkenaan.

"Kumpulan itu tiba dengan menaiki dua buah kenderaan. Mereka terus masuk ke dalam balai dan menembak mati ketua polis balai itu," kata jurucakap polis persekutuan kepada AFP.

Akhbar Reforma memetik saksi sebagai berkata, kumpulan penjenayah itu memasuki balai berkenaan dan hanya melepaskan tembakan selepas ketua balai itu,German Perez, memperkenalkan dirinya kepada mereka.

Pihak berkuasa mengesyaki pembunuhan tersebut ada kaitan dengan sindiket dadah yang menguasai sebahagian besar wilayah terpencil Mexico.

lebih 37,000 orang telah terbunuh dalam kejadian yang berkaitan dengan sindiket dadah di seluruh Mexico sejak Presiden Felipe Calderon melancarkan perang besar-besaran ke atas sindiket ini empat tahun yang lalu.

Bagaimanapun dadah tetap menjadi jenayah nombor satu di negara tersebut.

Artikel Lain