suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Australia Kutuk Lawatan Anggota Parlimen Pembangkang Ke Malaysia

MELBOURNE: Perdana Menteri Julia Gillard menuduh pembangkang persekutuan merosakkan hubungan Australia dengan Malaysia.

Beliau berkata rancangan pembangkang untuk menghantar anggota partinya ke Malaysia bagi memeriksa standard adalah sesuatu yang memalukan.

Pembangkang menentang cadangan pertukaran pencari suaka antara Malaysia dan Australia kerana Malaysia tidak mendapat sokongan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa Bersatu untuk Pelarian .

"Saya berpendapat ini merupakan tindakan yang benar-benar merosakkan," kata Gillard seperti yang dipetik oleh Australian Associated Press.

"Sesiapa yang membenarkan jurucakap mereka untuk pergi ke salah satu jiran serantau semata-mata untuk mendapat kritikan dari jiran itu adalah merosakkan," kata Gillard.

"(Ia) merosakkan perjanjian pertukaran dan sudah pasti merosakkan kemampuan kita untuk menjalin perjanjian dua hala yang baik dengan Malaysia."- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain