suria

19 Ditahan Kerana Rusuhan Di China

BEIJING: Pihak berkuasa negara ini menahan 19 orang kerana disyaki "mencetuskan provokasi" ketika rusuhan tiga hari di wilayah perindustrian China pada Sabtu.

Rusuhan di wilayah Guangdong adalah siri rusuhan di negara itu yang disifatkan sebagai kemuncak terhadap kerajaan yang penganalisis sifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Rusuhan di Xintang, daerah dalam wilayah Guangzhou, bermula 10 Jun lalu selepas khabar angin tersebar mengenai polis memukul seorang penjaja tepi jalan sehingga mati dan menahan isterinya yang mengandung. - AFP

Artikel Lain