suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tentera Thai Bunuh Tiga Lelaki Disyaki Militan Di Wilayah Selatan

BANGKOK: Tiga orang disyaki militan terbunuh dalam pertempuran dengan tentera di Bukit Budo, Bachok, Narathiwat, di selatan Thailand, Khamis.

Seorang jurucakap polis Narathiwat berkata insiden berbalas tembakan berlaku selepas pasukan tentera menyerbu tempat persembunyian kumpulan itu di kawasan bukit pada pukul 2 petang (3 petang waktu Malaysia).

Katanya kesemua lelaki itu terbunuh di tempat kejadian dan identiti mereka belum diumumkan.

Menurutnya pihak berkuasa turut menemui dua laras raifal M-16, 10 butir bom tangan dan beberapa peluru di tempat kejadian.

Lebih 4,000 orang terbunuh sejak puak disyaki pemisah meneruskan kempen bersenjata mereka untuk menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala, sejak tujuh tahun lalu. - BERNAMA

Artikel Lain