suria

China Tahan 74 Individu Dalam Siasatan Skandal Pencemaran Plumbum

BEIJING: Pihak berkuasa di China telah menahan 74 orang dan menggantung operasi beratus-ratus kilang selepas satu kes baru pencemaran yang berpunca daripada plumbum dikesan di negara ini.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan tempatan Zhejiang pada Isnin dibuat selepas satu penyiasatan dijalankan terhadap kilang-kilang bateri, melapis logam, peleburan dan dan pelupusan barangan logam di bandar Taizhou.

Penyiasatan itu dibuat berikutan 172 orang termasuk 53 kanak-kanak jatuh sakit disebabkan pencemaran oleh plumbum.

Pihak berkuasa telah menahan 74 orang dan memotong bekalan eletrik dan air ke atas 652 kilang dan individu selepas Bejing mengeluarkan arahan keras tehadap pencemaran logam berikutan berlakunya beberapa skandal keracunan plumbum.

Menerusi penyiasatan yang mensasarkan kilang-kilang memproses asid plumbum bateri dan melapis logam itu, pihak berkuasa perlindungan persekitaran tempatan menjumpai 148 kes pencemaran alam sekitar yang dendanya bernilai 8.22 juta yuan.

Tahap plumbum berlebihan dalam darah dianggap berbahaya terutamanya terhadap kanak-kanak di mana mereka boleh mengalami gangguan tumbesaran fizikal dan kerencatan mental.

Akhbar China Daily melaporkan pada awal tahun ini bahawa kerajaan China menetapkan sasaran pengurangan pembebasan plumbum, air raksa, kromium, dan arsenik sebanyak 15 peratus dari tahun 2007 sehingga lima tahun berikutnya.

China mengahadapi banyak kes keracunan yang berlaku terhadap manusia sejak beberapa tahun ini.

Pada Oktober 2009 hampir 1,000 kanak-kanak telah ddapati positif mengalami keracunan plumbum di wilayah Henan dan loji-loji peleburan logam didapati menjadi punca keracunan terbabit. -AFP

Artikel Lain