suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

LinkedIn Buka Ibu Pejabat Serantau Di Singapura

SINGAPURA: LinkedIn, jaringan profesional terbesar di dunia yang mempunyai lebih 100 juta ahli di seluruh dunia, pada Selasa mengumumkan pembukaan ibu pejabat Asia Pasifiknya di sini.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata pejabat Singapura itu akan menjadi ibu pejabat serantau bagi lebih 18 juta ahli LinkedIn di Asia Pasifik dan Jepun dan menyokong pasaran sedia ada di Australia dan India.

Ibu pejabat Singapura itu akan turut digunakan sebagai batu loncatan bagi peluasan serantau.

Pejabat syarikat itu di Jepun dijangka dibuka lewat tahun ini. - BERNAMA

Artikel Lain