suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Krisis Nuklear: PM Jepun Didesak Letak Jawatan

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan tunduk selepas memberi kenyataan mengenai desakan perletakan jawatan yang diterima beliau
Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan tunduk selepas memberi kenyataan mengenai desakan perletakan jawatan yang diterima beliau
Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan tunduk selepas memberi kenyataan mengenai desakan perletakan jawatan yang diterima beliau

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan pada Khamis berhadapan dengan undi tidak percaya dalam Parlimen dan akan menimbangkan perletakan jawatannya selepas usaha Jepun pulih dari bencana tsunami membuahkan hasil.

Kan memberitahu ahli partinya yang lain bahawa dia berasa bertanggungjawab untuk melaksanakan pemulihan negara.

Beliau memberi penjelasan itu sejurus selepas parti pembangkang di parlimen menyerahkan undi tidak percaya terhadapnya.

"Saya akan memberi tanggungjawab saya kepada generasi muda apabila usaha pemulihan selesai," kata Kan.

"Krisis nuklear yang dihadapi masih berlaku dan saya akan berusaha keras untuk mengakhiri krisis ini dan kemudiannya meneruskan dengan kerja-kerja pembinaan semula."

Kan yang dilantik menjadi Perdana Menteri setahun yang lalu telah dikritik kerana lembab mengarahkan pembinaan rumah sementara bagi penduduk yang dipindahkan, tidak telus dalam maklumat pemindahan dan dilihat kurang sifat kepimpinan.

Kumpulan pembangkang terbesar Jepun, Parti Pembebasan Demokratik bersama dua parti pembangkang lain pada Rabu menyerahkan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Kan.

Walaupun Kan bernaung di bawah Parti Demokratik Jepun yang menguasai majlis rendah parlimen, ramai ahli parlimen dari parti tersebut meluahkan kebimbangan terhadap kepimpinan beliau.

Perpecahan di dalam parti pemerintah dan undi tidak percaya yamg diserahkan pembangkang menyukarkan lagi masa depan kepimpinan Kan. -AP

Artikel Lain