Enam Terkorban Dalam Satu Lagi Serangan Bom Di Bangunan Polis - Dunia | mStar

Enam Terkorban Dalam Satu Lagi Serangan Bom Di Bangunan Polis

PESHAWAR (Pakistan): Enam orang disahkan terkorban - dua daripadanya adalah anggota polis dalam satu lagi serangan bom ke atas sebuah bangunan milik pasukan keselamatan oleh seorang pengebom berani mati yang menaiki trak.

Empat daripada 22 orang yang tercedera dilaporkan parah manakala beberapa orang lagi masih hilang dan disyaki tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

Letupan itu telah meranapkan sama sekali bangunan tiga tingkat itu.

Salah satu cabang puak Taliban telah mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

Seorang pegawai polis Peshawar, Liaquat Ali Khan memberitahu, sasaran pengebom berani mati itu adalah sebuah bangunan milik Jabatan Penyiasatan Jenayah Polis yang berdekatan dengan kem dan kemudahan tentera.

Menurut seorang pegawai polis atasan, Fayaz Khan, lokasi kejadian menempatkan para penyiasat dan unit anti keganasan.

"Saya rasakan seperti langit jatuh menimpa saya," kata anggota polis, Mohammad Zahid yang berada di tingkat bawah tanah bangunan berkenaan apabila kejadian itu berlaku.

"Letupan itu telah menghalang pintu keluar bilik dan saya keluar melalui satu lubang dan apabila saya berjaya keluar apa yang saya lihat hanyalah asap dan debu," katanya yang mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital.

"Kami semakin berazam untuk menentang kegiatan pengganas ini," kata Bashir Bilour, seorang pegawai kanan kerajaan.

Kejadian itu memburukkan lagi situasi di Pakistan yang berhadapan dengan beberapa siri serangan bom semenjak pembunuhan pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden pada 2 Mei lalu. -AP

Artikel Sebelum

Enam Terbunuh Puting Beliung Landa AS

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain