suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PBB Sahkan 34 Terbunuh Di Kem Pelarian Iran

PERTUBUHAN BANGSA BERSATU (PBB): PBB mengesahkan seramai 34 orang terbunuh di kem pelarian Iran selepas pihak berkuasa Iraq menyerbu kawasan penempatan itu minggu lalu.

Jurucakap PBB, Farhan Haq berkata, pihaknya memperoleh maklumat sebanyak 34 orang maut di kem tersebut.

"Kami sedang mengumpulkan maklumat terperinci mengenainya," katanya.

Beliau memberitagu, pegawai-pegawai PBB melawat kem berkenaan Rabu lalu.

Bilangan kematian itu sama dengan laporan oleh penghuni Kem Ashraf sebelum ini.

Pihak berkuasa Iraq menafikan jumlah berkenaan yang mendakwa hanya tiga kematian sahaj berlaku semasa operasi berkenaan sementara yang lain mati sebelum tentera memasuki kem.

Pengerusi Jawatankuasa Senat Hubungan Luar Amerika Syarikat, Senator John Kerry berkata, kejadian itu tidak boleh diterima termasuk tindakan tentera Iraq terbabit.

"Kerajaan Iraq telah mengumumkan akan melakukan siasatan dan ia mesti dilakukan dengan telus," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain