suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10,000 Orang Terkorban Di Libya

LUXEMBOURG: Tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah membunuh kira-kira 10,000 orang sepanjang pertempuran di Libya, dengan 20,000 lagi hilang dan 30,000 cedera.

Angka itu diumumkan oleh wakil dari Majlis Peralihan Kebangsaan Libya, Ali Al Isawi kepada wartawan selepas beliau menghadiri rundingan dengan Menteri-Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) di Lexembourg, semalam.

Beliau dalam pada itu turut menggesa supaya lebih banyak usaha melindungi penduduk awam dilakukan.

Dalam pertemuan itu, EU yang dianggotai 27 negara buat pertama kalinya telah menerima Majlis Peralihan Kebangsaan itu yang beribu pejabat di Benghazi, sesuatu yang disifatkan sebagai ‘isyarat pengiktirafan’ oleh Menteri Luar Perancis, Alain Juppe. – AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain