suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Loji Nuklear Fukushima Berjaya Diselamatkan

TOKYO: Jepun berjaya menyekat air berkuasa radioaktif dari loji nuklear Fukushima Daiichi daripada bocor ke laut dan mengakui kesilapan bahawa tidak menyalurkan maklumat sewajarnya kepada negara-negara jiran mengenai pencemaran bahan radioaktif itu di laut.

Jurutera bertugas bagaimanapun masih perlu mengepam 11.5 juta liter air laut tercemar balik ke laut kerana mereka kehabisan ruang simpanan di kompleks tersebut.

Pun begitu mereka berjaya menampal dan mengawal kebocoran di loji itu.

Ekoran daripad kebocoran itu, air laut telah digunakan untuk menyejukkan rod tenaga yang terlalu panas, menyebabkannya dicemari bahan radioaktif paras rendah.

Pakar nuklear berkata, reaktor-reaktor yang rosak di Fukushima masih belum dapat dikawal, hampir sebulan selepas dilanda gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu.

Operator loji, Tokyo Electric Power (TEPCO) berkata, juruteranya telah menampal kebocoran di reaktor No. 2 dengan menggunakan kaca cecair.

"Kebocoran diperlahankan semalam selepas kami menyuntik kaca cecair dan bahan pengeras dan kini sudah dihentikan," kata seorang jurucakap TEPCO.

Jurutera telah bertungkus-lumus berusaha untuk menghentikan kebocoran dari reaktor No. 2, termasuk dengan menggunakan serbuk kayu dan kertas akhbar.

Negara jiran, Korea Selatan dan China semakin bimbang mengenai krisis nuklear itu dan tindakan mengepam air radioaktif ke laut, lapor akhbar tempatan. - Reuters

Artikel Lain