suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru Spiritual India Sai Baba Kini Tenat

HYDERABAD: Guru spiritual terkenal India, Satya Sai Baba, 85, kini dilaporkan berada dalam keadaan tenat di sebuah hospital di selatan negara itu.

Kini beribu pengikutnya dilaporkan sedang berkumpul di Hospital Puttaparthi yang dibiayai oleh gerakannya itu.

Sai Baba bukan sahaja mempunyai pengikut di India tetapi juga di seluruh dunia.

Beliau dimasukkan ke hospital itu pada 28 Mac lalu kerana jangkitan paru-paru dan semput.

Buah pinggangnya juga dilaporkan tidak berfungsi dan terpaksa menggunakan bantuan mesin dialisis.

Pengarang hospital itu, A.N. Safaya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Selasa berkata, sistem organ Guru Sai Baba tidak respon kepada tindak balas dan keadaan beliau adalah kritikal. Para doktor sedang melakukan yang terbaik untuk memulihkannya.

Puttaparthi, yang terletak di negeri Andhra Pradesh kini menjadi tumpuan ramai khususnya para pengikut Sai Baba yang datang untuk mendoakan kesejahteraannya.

Artikel Lain