suria

Kejadian Serangan 11 September Dipapar Secara Online

NEW YORK: Muzium New York pada Khamis melancarkan satu laman interektif yang memaparkan peristiwa serangan pengganas pada 11 September 2001 sebagai mengenang tragedi yang mengejutkan seluruh dunia itu.

Paparan itu bermula jam 5.45 pagi dengan gambar yang agak kelam sekumpulan pengganas yang melalui kawalan keselaamtan di Lapangan Terbang Boston sebelum menawan pesawat pertama.

Ia berakhir sehinggalah jam 8.30 malam apabila Presiden George W Bush menjelaskan mengenai kejadian yang menimpa Pusat Dagangan Dunia New York yang runtuh atau 'Ground Zero'.

Sepanjang paparan interaktif itu, turut ditunjukkan gabungan klip video, gambar dan suara mangsa, termasuk anggota bomba dan pegawai ketika dua lelaki yang menawan pesawat menghala dan melanggar bangunan berkenaan.

Ia disusuli dengan pelanggaran bangunan Pentagon dan kejadian sebuah pesawat yang terhempas di Pennyslvania, yang semunya mengorbankan kira-kira 3,000 orang.

“Perlukah saya terjun?" suara seorang wanita yang terperangkap di tingkat 77 bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia New York yang ketika itu sedang terbakar.

“Bangunan 110 tingkat runtuh ke arah kami dan ketika itu saya hanya melihat ke matahari," kata seorang anggota bomba yang terselamat dari celah runtuhan. Album interektif di alamat http://timeline.national911memorial.org, itu dipaparkan di Memorial National 11 September dan di Muzium New York.

"Berikutan ia menggambarkan keadaan semasa berlakunya serangan 11 September itu, beberapa imej grafik dan klip video yang kandungan yang sensitif.

"Justeru, ibu bapa boleh melihatnya terlebih dulu sebelum berkongsinya dengan anak mereka yang masih kecil," kata laman berkenaan sebagai peringatan kepada pengunjung.

Muzium berkenaan dijadual dibuka kepada awam pada 11 September tahun ini, iaitu sempena menyambut tahun ke-10 kejadian serangan itu. - AFP

Artikel Lain