suria

Gempa Bumi Sederhana Landa Pantai Barat Sumatera Utara

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 10.32 malam Ahad.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata gempa itu berlaku di 1.3 darjah utara dan 97.1 darjah timur, kira-kira 56 kilometer di barat Nias, Indonesia dan 505 kilometer barat daya Pulau Pangkor, Perak.

Terdahulu hari ini, gempa bumi sederhana berukuran 5 pada skala Richter berlaku di Laluan Molucca, kira-kira 201 kilometer tenggara Manado, Indonesia dan 996 kilometer tenggara Kunak, Sabah.

Gempa itu berpusat di 1.3 darjah utara dan 126.6 darjah timur pada pukul 5.15 petang. Kedua-dua gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami, kata kenyataan itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Lebih 1,000 Maut Di Libya

Artikel Berikut

Artikel Lain