suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Maut Keretapi Bertembung Di Argentina

BUENOS AIRES: Sekurang-kurangnya dua maut dan ramai mengalami kecederaan semalam apabila dua keretapi penumpang bertembung di kawasan barat laut Buenos Aires, kata pegawai.

Datuk Bandar San Miguel, Joaquin de la Torre, berkata jumlah kematin mungkin lebih ramai selepas pertembungan di antara keretapi jarak jauh dan keretapi komuter dalam kejadian kira-kira jam 8 malam waktu tempatan. Beliau berkata, pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap selepas nahas berkenaan. "Setakat ini saya boleh katakan tiga orang mati," katanya.

"Seramai 31 lagi mengalami kecederaan serius dan sedang menerima rawatan," kata Pegawai Kesihatan, Alejandro Collia.

"Saya tidak beritahu berapa ramai yang cedera," katanya.

Pegawai berkata, keretapi jarak jauh itu diaktakan merempuh komuter berkenaan yang bertolak dari stesen Retiro yang menghubungkan ibu negara dengan kawasan yang mempunyai ramai penduduk di utara dan barat laut. -AFP

Artikel Lain