suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Untung Separuh Pertama Qantas Naik Empat Kali Ganda

MELBOURNE: Qantas telah mencatatkan kenaikan empat kali ganda dalam keuntungan separuh pertama dan menyatakan asas keuntungan akan lebih tinggi dalam tahun sepenuhnya.

Qantas melaporkan keuntungan bersih dalam tempoh enam bulan sehingga 31 Disember pula berjumlah sebanyak A$241 juta, meningkat daripada A$58 juta dalam separuh pertama sebelumnya.

Jualan dan pendapatan lain mengukuh 10 peratus kepada A$7,591 bilion.

Keuntungan sebelum cukai ialah A$417 juta, menambah 56 peratus daripada A$267 juta pada separuh pertama 2009/10.

Ketua eksekutif Qantas Alan Joyce dalam satu kenyataan berkata yang keputusan memberangsang itu disokong oleh prestasi penuh tahun 2010 syarikat dan sekali gus menunjukkan yang ia telah keluar daripada krisis kewangan global dalam kedudukan yang mantap. - BERNAMA

Artikel Lain