suria

Di Bahrain Jumlah Warga Asing Lebih Ramai Daripada Warganegara

MANAMA: Jumlah warga asing di Bahrain kini secara rasminya telah melebihi jumlah warga negara itu, demikian menurut Pejabat Statistik Bahrain, Isnin.

Laporan rasmi yang disiarkan dalam laman web pejabat itu menyatakan, satu bancian yang dijalankan tahun lalu mendapati daripada 1.234 juta orang yang kini terdapat di Bahrain, 54 peratus atau 666,172 orang adalah warga asing sementara warga negara Bahrain hanyalah berjumlah 568,399 orang atau 46 peratus.

Daripada jumlah warga asing itu, 562,040 orang terdiri daripada rakyat daripada rantau Asia iaitu 84.3 peratus daripada jumlah keseluruhan warga asing.

Pada tahun 2001, warga negara Bahrain berjumlah 405,667 orang atau 62.3 peratus daripada keseluruhan penduduk negara itu yang berjumlah 650,604 orang.

Sementara pada tahun 2007 pula, jumlah penduduk Bahrain ialah 1,046,814 orang, dengan 529,446 orang daripadanya adalah terdiri daripada warga negara dan 517,368 lagi warga asing.

Artikel Sebelum

Rusia Usir Wartawan British

Artikel Lain