suria

Singapura Rampas Dadah Bernilai S$10.4 Juta Sepanjang Tahun Lepas

SINGAPURA: Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura merampas dadah yang dianggar bernilai $10.4 juta sepanjang tahun lepas, yang merupakan peningkatan S$3.7 juta berbanding tahun 2009.

CNB dalam satu kenyataan pada Isnin berkata peningkatan dalam jumlah rampasan dadah itu sebahagiannya mungkin berpunca daripada peningkatan lambakan bekalan heroin dan methamphetamine di rantau ini, di samping penguatkuasaan intensif yang berterusan, terutama di pintu-pintu masuk ke Singapura.

Menurutnya jumlah operasi bersama antara biro dan agensi-agensi keselamatan luar negara di pintu-pintu masuk negara turut meningkat daripada 436 pada tahun 2009 kepada 890 pada tahun 2010, iaitu peningkatan 104 peratus.

Bagaimanapun katanya jumlah yang ditahan kerana kesalahan berkaitan dadah berkurangan daripada 1,883 orang tahun 2009 kepada 1,772 pada tahun lepas.

CNB berkata heroin dan methamphetamine kekal menjadi dua jenis dadah paling tinggi penyalahgunaannya di Singapura. – BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain