suria

Kebakaran Pada Model Lama Tupolev Tak Akan Jejaskan Industri Penerbangan Rusia

MOSCOW: Pihak berkuasa industri penerbangan Rusia menegaskan, keputusan mereka untuk menghentikan perkhidmatan pesawat Tu-154 buat sementara waktu setelah satu lagi letupan mengorbankan tiga orang penumpang dan mencederakan lebih 30 yang lain tidak akan menjejaskan perkhidmatan udara negara itu.

Pesawat yang meletup di sebuah pekan minyak di Siberia pada Sabtu lalu ketika sedang bersiap sedia untuk berlepas merupakan salah satu model jet Tupolev yang paling tua dan popular dan telah menyumbangkan khidmat sejak era Soviet Union lagi.

Ia adalah ikon dan pesawat kebanggaan Rusia.

Insiden terbaru ini bagaimanapun telah memberi imej buruk kepada industri penerbangan Rusia yang mendesak para pegawai tinggi kerajaan untuk bertindak membekukan perkhidmatan semua model dari pesawat yang terhempas itu buat sementara waktu. Terdapat 14 pesawat dari model berkenaan yang terjejas ekoran keputusan terbaru itu.

Pesawat Tupolev dari model 154B dibina antara tahun 1975 dan 1986 sebelum digantikan dengan model M yang telah dipertingkatkan keupayaannya dan kini menjadi model yang digunakan oleh kebanyakkan syarikat penerbangan Rusia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain