suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

4,432 Askar Amerika Terkorban Di Iraq Sejak 2003

BAGHDAD: Tahun baru 2011 hanya berusia tiga hari tetapi dua orang askar Amerika menjadi mangsa korban yang ke 4,432 dalam satu serangan berani mati di tengah-tengah bandar ini malam Ahad lalu.

Sejak Amerika menggulingkan pentadbiran Sadam Hussein pada tahun 2003, sejumlah 4,432 askar Amerika telah terkorban (termasuk dua mangsa terbaru semalam).

Tahun lalu menyaksikan jumlah korban yang paling rendah sejak 2003 iaitu hanya seramai 60 orang anggota tentera.

Sejumlah 50,000 lagi tentera Amerika masih ditempatkan di Iraq tetapi sebagaimana yang dijanjikan oleh Presiden Barack Obama dalam kempen pilihan rayanya dahulu, pasukan tentera Amerika akan dikeluarkan dari negara itu menjelang hujung tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain