suria

Ukraine Ingin Contohi Pilihan Raya Malaysia

KUALA LUMPUR: Ukraine berminat mencontohi cara pelaksanaan pilihan raya di Malaysia.

Menyatakan demikian Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau difahamkan negara itu berhasrat untuk menghantar beberapa orang ahli parlimennya ke sini untuk mencontohi cara Malaysia mengadakan pilihan raya.

"Ukraine menganggap pilihan raya di Malaysia merupakan pilihan raya yang memenuhi syarat-syarat demokrasi di mata dunia," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Duta Besar Ukraine di Malaysia Ihor Humennyi di Bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Ihor Humennyi, 54, yang sebelum ini merupakan Duta Besar Mutlak dan Istimewa ke Thailand, adalah antara tujuh duta asing yang mempersembahkan surat cara pelantikan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 18 Oktober lalu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain