suria

Pengebumian Beramai-Ramai Untuk Mangsa Merapi

YOGYAKARTA: Berdozen-dozen mangsa letusan Gunung Merapi yang terbunuh akibat awan panas akan dikebumikan dalam sebuah kubur besar di Yogyakarta.

Gunung berapi paling aktif di Indonesia yang juga dikenali sebagai 'Gunung Api' mula meletus sejak akhir bulan lalu dan sehingga kini mengorbankan 120 orang termasuk 77 mangsa pada Jumaat.

"Kita akan mengadakan pengebumian besar-besaran untuk mangsa yang terbunuh di kampung Argomulyo," kata jurucakap pengurusan bancana, Sutopo Purwo Nugroho.

"Mangsa akan dikebumikan di tempat yang selamat. Jasad mereka tidak akan disimpan di kampung itu kerana ia terletak dalam lingkungan zon bahaya seluas 12 kilometer," katanya.

Awan panas membunuh kebanyakan mangsa termasuk kanak-kanak di perkampungan itu yang terletak 18 kilometer dari Gunung Merapi. Jumlah mangsa yang dipindahkan mencecah lebih 160,000 orang selepas pihak berkuasa memperluaskan zon bahaya dari 15 hingga 20 kilometer awal Jumaat.

Nugroho berkata, mangsa yang dipindahkan mempunyai bekalan makanan dan air tetapi memerlukan lebih tandas sementara dan kemudahan untuk membasuh pakaian. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

54 Korban Terbaru Gunung Merapi

Artikel Lain