suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Australia Berlepas Ke Sidang Kemuncak Asia Timur Sebelum Ke Kuala Lumpur

MELBOURNE: Perdana Menteri Australia Julia Gillard berlepas ke Hanoi, Vietnam pada Jumaat untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur yang bermula esok, sebelum melawat Kuala Lumpur.

Gillard ditemani pasangan Tim Mathieson.

Sidang kemuncak itu yang mengumpulkan kesemua 10 negara anggota Asean, Australia, China, India, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan akan membincangkan pelbagai isu politik, ekonomi dan keselamatan.

Peningkatan penguasaan China dan pilihan raya Myanmar yang dijadual 7 November ini yang menjadi topik perbincangan Sidang Kemuncak Asean minggu ini juga dijangka bersambung pada perbincangan perhubungan pelbagai hala.

Gillard akan melawat Indonesia serta Malaysia dalam perjalanan pulang, dan isu seperti penyeludupan manusia serta suaka politik dijangka mendominasi perbincangan beliau dan pemimpin kedua-dua negara terbabit.

Beliau dijadual tiba di Kuala Lumpur pada Ahad.

Di Jakarta, Gillard berpeluang untuk memohon kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono agar meringankan hukuman warga Australia Schapelle Corby yang disabitkan kesalahan mengedar dadah di republik itu.

Gillard dijadual kembali ke Australia pada Khamis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain