suria

Messe Berlin Lihat 'Potensi Cemerlang" Untuk Aliran Pelancongan Dari Asean

SINGAPURA: Ketika mula-mula Messe Berlin dilancarkan pada 2008 di pameran ITB Asia di Singapura dengan memberikan keyakinan akan kepentingan yang kian meningkat di rantau Asean untuk aliran pelancongan, ramai yang merasa was-was dan ada yang mensasarkan ia hanya akan bertahan untuk seketika sahaja.

Kecurigaan ini terus diperkukuhkan lagi oleh krisis ekonomi global yang mencapai kemuncaknya pada 2009 tetapi ternyata ia terbukti meleset.

Messe Berlin bukan sahaja gembira dengan keputusannya itu tetapi turut yakin yang rantau Asean akan terus berkembang sebagai sumber pelancongan dan akan mengimbangi kemerosotan dalam aliran kemasukan yang kebanyakan destinasi sedang menghadapinya dari pasaran-pasaran tradisional masing-masing.

Malah, Messe Berlin, penganjur pameran perdagangan pelancongan terbesar dunia telah melanjutkan kontraknyan untuk mempamerkan ITB Asia bagi tiga tahun lagi sehingga 2013 di Singapura.

Malaysia ialah pasaran penting untuk mendapatkan kunjungan pelancong, demikian menurut presiden dan ketua pegawai eksekutif Messe Berlin, Raimund Hosch, yang diberi penarafan sebagai antara pakar terkemuka dunia mengenai pelancongan.

"Kerana kedekatannya dengan Malaysia dan sebgai hab neutral dengan saling hubung udara kepada pusat-pusat terkemuka dunia, Singapura telah dipilih sebagai venue untuk adakan ITB Asia," kata Hosch.

ITB Asia telah berjaya menarik kontigen besar peserta pameran Asean, termasuk Malaysia yagn telah berjaya mengaut banyak perniagaan sejak sekian lama. - BERNAMA

Artikel Lain