Wong Ikrar Buat Keputusan Tegas Pertingkat Ekonomi - Dunia | mStar

Wong Ikrar Buat Keputusan Tegas Pertingkat Ekonomi

MELBOURNE: Menteri Kewangan Australia yang baru, Senator Penny Wong, akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengurangan belanjawan dan telah berikrar untuk berusaha mencapai belanjawan lebihan.

Bekas menteri perubahan iklim itu mengingatkan bahawa ini akan merangkumi "keputusan tegas" dan mengotakan komitmen Parti Buruh untuk mempertahankan pertumbuhan perbelajaan kepada dua peratus setahun hinggalah belanjawan kembali kepada belanjawan lebihan.

Wong yang merupakan anak kelahiran Malaysia, berkata Kerajaan Julia Gillard komited terhadap pelaksanaan pengurusan ekonomi yang kukuh, stabil dan bertanggungjawab, yang akan menyokong keyakinan, mewujudkan pekerjaan dan memberikan kepastian kepada perniagaan.

"Saya berbangga diberikan peluang untuk melaksanakan agenda ini sebagai Menteri Kewangan dan Deregulasi Australia," kata Wong dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ekonomi Australia dicemburui oleh dunia, dengan kadar penganggurannya antara yang terendah di kalangan negara-negara maju dan kewangan awam antara yang terkukuh.

Wong berkata beliau berbesar hati untuk bekerja dengan Wayne Swan bagi memastikan belanjawan kembali mencapai paras lebihan tiga tahun sebelum dijadualkan iaitu pada 2012-13, jauh mendahului semua ekonomi maju utama. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

WHO: Ancaman Denggi Memuncak Bulan Depan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor