suria

Malaysia Kaji Beberapa Projek Berpotensi Untuk Dieksport ke India

KUALA LUMPUR: Malaysia mengenal pasti beberapa produk yang berpotensi untuk dieksport ke India setelah Perjanjian Ekonomi Komprehensif dengan India dimuktamadkan.

Ini termasuk peranti perubatan dan produk penjagaan kesihatan, komputer, bahan pembinaan dan bangunan, komponen automotif, makanan diproses serta minuman, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pelabur India juga memasuki pasaran Malaysia, katanya ketika berucap pada majlis meraikan lawatan rasmi Menteri Perdagangan dan Industri India, Shri Anand Sharma.

"Kami mempunyai lapan projek dalam sektor pembuatan tahun lepas dengan penyertaan India bernilai US$24.22 juta," kata Mustapa.

Beliau berkata mereka terlibat dalam projek seperti pengilangan makanan, produk tekstil, kayu, perabot, kimia dan produk kimia, petroleum dan getah.

Beliau berkata Malaysia ialah rakan dagang ke-12 terbesar India dengan nilai dagangan berjumlah US$7.1 bilion tahun lepas. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain