suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi 7.2 Gegar Vanuatu

WELLINGTON: Penduduk bandar Vanuatu bertempiaran lari ke jalan apabila gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter menggegarkan kawasan itu.

Gempa bumi itu menyebabkan amaran sementara tsunami dikeluarkan untuk rantau itu.

Bagaimanapun, tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa.

Kajian Geologikal Amerika Syarikat berkata gempa bumi itu berlaku pada 4.14 pagi waktu tempatan dan berpusat di 485 kilometer ke barat daya ibu negara, Port Vila, dan pada kedalaman 36 kilometer.

Beberapa gempa bumi susulan juga menggegarkan kawasan itu, termasuk yang berukuran 6.4 tiga jam kemudian.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii mengeluarkan amaran bagi Vanuatu, Solomon Islands dan New Caledonia, tetapi membatalkannya kira-kira sejam kemudian. - AP

Artikel Lain