suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thailand Tarik Balik Perintah Berkurung Waktu Malam Di Bangkok Dan Wilayah Berhampiran

BANGKOK: Pihak berkuasa Thai menarik balik perintah berkurung pada waktu malam di Bangkok dan 23 wilayah lain hari ini ekoran keadaan keselamatan beransur pulih selepas rusuhan berdarah minggu lalu, kata Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva.

"Kita tidak perlu melanjutkannya (perintah berkurung)," kata Abhisit kepada pemberita. "Keadaan sudah terkawal sekarang."

Perintah berkurung dikuatkuasa pada 19 Mei selepas Bangkok dilanda rusuhan terburuk dalam sejarah moden Thailand. Sekurang-kurangnya 85 orang terbunuh dan hampir 2,000 yang lain cedera sejak 10 April.

Bagaimanapun, undang-undang darurat yang pertama kali dikuatkuasakan pada awal April, akan dikekalkan, kata Abhisit.

Undang-undang darurat memberi kuasa yang meluas kepada pihak tentera, membolehkan pihak berkuasa menggantung beberapa kebebasan awam tertentu, melarang perhimpunan awam melebihi lima orang di samping menghalang media membuat laporan mengenai berita-berita yang "mencetuskan panik". - REUTERS

Artikel Berikut

Artikel Lain