suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wartawan Itali Antara Empat Mati Ditembak Di Thailand

BANGKOK: Seorang wartawan Itali antara empat individu yang mati ditembak dalam operasi besar-besaran tentera untuk merampas kembali kawasan yang dihuni penunjuk perasaan antikerajaan di pusat bandar raya ini.

Pengarah Hospital Besar Polis Jongjet Aoajenpong berkata wartawan itu ditembak di perut. Identiti wartawan itu masih belum diketahui.

Sekurang-kurangnya 50 yang lain cedera dalam operasi hari ini.

Kerajaan masih belum mengeluarkan angka rasmi jumlah kematian setakat ini.

Setakat 6 pagi ini sebelum operasi itu, angka kematian ialah 37 orang dan 296 orang cedera. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain