suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas TPM Singapura Goh Keng Swee Meninggal Dunia

SINGAPURA: Bekas Timbalan Perdana Menteri Singapura Dr Goh Keng Swee, 91, meninggal dunia awal hari ini selepas lama uzur, menurut laporan media tempatan.

Goh, seorang peranakan yang dilahirkan di Melaka pada 6 Oktober 1918, bersara sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Disember 1984, atas sebab peribadi.

Digambarkan sebagai "Arkitek Ekonomi" Singapura, beliau memberi sumbangan yang sangat besar dalam membentuk pembangunan Singapura menjadi sebuah negara yang makmur ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan pertama pada 1959 dan kemudiannya sebagai Menteri Pertahanan pada 1965.

Beliau memegang beberapa jawatan utama iaitu Timbalan Perdana Menteri Pertama, Menteri Pelajaran dan Pengerusi Monetary Authority of Singapore selain pengerusi di beberapa syarikat yang diketuai kerajaan.

Goh adalah anak lelaki kepada keluarga yang kaya dari Melaka. Bapanya Goh Leng Inn, pengurus ladang getah, ibunya pula daripada keluarga yang menghasilkan ahli politik terkenal Malaysia iaitu Tun Tan Cheng Lock dan anak lelakinya Tun Tan Siew Sin. - BERNAMA

Artikel Lain