suria

Konservatif-Demokratik Liberal Terus Bincang Cadangan Kerajaan Campuran Hari Ini

LONDON: Parti pembangkang, Konservatif dan Demokratik Liberal akan meneruskan perbicangan hari ini berkaitan pakatan mereka selepas keputusan pilihan raya umum Britain Khamis lalu yang menyaksikan situasi Parlimen tergantung - yang pertama kali berlaku dalam tempoh 36 tahun.

Konservatif memproleh 306 kerusi berbanding parti pemerintah, Parti Buruh (258) diikuti Demokratik Liberal (57).

Konservatif gagal mendapatkan majoriti di Parlimen dan sedang berusaha meraih sokongan daripada Demokratik Liberal bagi menamatkan 13 tahun pemerintahan Parti Buruh.

Perbincangan dijangka bermula pagi ini secara bersemuka antara pemimpin kedua-dua parti, menurut jurucakap Parti Konservatif.

Katanya, perbincangan tersebut mungkin akan berlarutan sehingga lusa sehinggalah Ahli Parlimen parti pembangkang tersebut akan diberi taklimat mengenainya pada petang hari yang sama. - REUTERS

Artikel Lain