suria

Perwakilan Romania Dipenjara Di Bucharest Kerana Kemalangan Di Singapura

SINGAPURA: Sebuah mahkamah Romania hari ini memenjarakan seorang perwakilannya di Singapura selama 29 hari atas dakwaan terlibat dalam kejadian langgar lari di Singapura pada Disember yang menyebabkan kematian seorang rakyat Malaysia, menurut laporan media dari Bucharest.

Silviu Ionescu, bekas kuasa usaha di Singapura, ditahan untuk disoalsiasat pada Jumaat dan mahkamah kemudian mengarahkan beliau ditahan selama 29 hari menanti perbicaraannya.

Peguam Ionescu memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, menurut laporan agensi berita Mediafax.

Ionescu didakwa melanggar tiga pejalan kaki dalam dua insiden pada Disember lalu ketika memandu kereta dengan pendaftaran diplomatik milik perwakilan Romania.

Salah seorang mangsa, rakyat Malaysia berusia 30 tahun mengalami kerosakan pada otak dan meninggal dunia pada hari Krismas, manakala dua lagi mengalami kecederaan parah. -BERNAMA

Artikel Lain