suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Konservatif-Demokratik Liberal Terus Bincang Cadangan Kerajaan Campuran Esok

LONDON: Parti pembangkang, Konservatif dan Demokratik Liberal akan meneruskan perbicangan esok berkaitan pakatan mereka selepas keputusan pilihan raya umum Britain Khamis lalu yang menyaksikan situasi Parlimen tergantung - yang pertama kali berlaku dalam tempoh 36 tahun.

Konservatif memproleh 306 kerusi berbanding parti pemerintah, Parti Buruh (258) diikuti Demokratik Liberal (57).

Konservatif gagal mendapatkan majoriti di Parlimen dan sedang berusaha meraih sokongan daripada Demokratik Liberal bagi menamatkan 13 tahun pemerintahan Parti Buruh.

Perbincangan dijangka bermula pagi esok secara bersemuka antara pemimpin kedua-dua parti, menurut jurucakap Parti Konservatif.

Katanya, perbincangan tersebut mungkin akan berlarutan sehingga lusa sehinggalah Ahli Parlimen parti pembangkang tersebut akan diberi taklimat mengenainya pada petang hari yang sama. - REUTERS

Artikel Lain