suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

India Belanja RM112 bilion Untuk Bajet Pertahanan

NEW DELHI: India memperuntukkan AS$32 bilion (RM112 bilion) untuk perbelanjaan pertahanan di bawah bajet 2010-2011 barunya.

India, ekonomi ketiga terbesar Asia, memperuntukkan kira-kira 2.4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK) untuk permodenan ketenteraan, berikutan ancaman keselamatan dalam negara dan sepanjang sempadannya.

"Sempadan yang selamat dan keselamatan nyawa dan harta benda akan menggalakkan pembangunan. Apa-apa sahaja keperluan tambahan bagi keselamatan negara akan diberikan," kata menteri kewangan India Pranab Mukherjee, ketika membentangkan bajet itu di parlimen semalam.

India, dengan kekuatan ketenteraan yang keempat terbesar di dunia, sedang sibuk menaiktarafkan kebolehan pertahanannya, membangunkan teknologi peluru berpandu rekaan tempatan, membina sistem senjata canggih dan membeli pesawat penyerang baharu.

Agensi angkasa negara itu, Organisasi Penyelidikan Angkasa India, juga menerima peruntukkan yang banyak iaitu kira-kira AS$1 bilion (RM3.5 bilion) di bawah bajet baru itu.

Di bawah rancangan itu, hampir AS$100 juta (RM350 juta) akan dibelanjakan untuk membina dua roket, jentera pelancaran satelit Polar (PSLV) dan jentera pelancar satelit Geosynchronous (GSLV).

Dengan dana suntikan tambahan ini, ISRO dijangka mempercepatkan program angkasa India yang merancang misi ke bulan dan penerbangan manusia ke angkasa pertama negara itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain