suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pantai Timur Australia Dilanda Tsunami

SYDNEY: Tsunami yang dijana gempa bumi bermagnitud 8.8 di Chile melanda pantai di timur Australia hari ini tetapi tiada laporan awal mengenai kemusnahan atau kemalangan jiwa.

Australia semalam mengeluarkan amaran tsunami untuk kebanyakan kawasan di pantai timur dan bahagian timur pulau Tasmania.

Namun pusat amaran tsunami kebangsaan menyatakan tiada kebimbangan mengenai bencana itu kerana ia hanya membabitkan banjir di pantai dan arus kuat yang boleh membahayakan perenang.

Chris Ryan, Pengarah Pusat Amaran Tsunami Bersama Australia, berkata penduduk di kawasan rendah di Norfolk Island sudah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Katanya, beliau tidak tahu sama ada langkah pemindahan turut dilakukan di tempat lain.

"Lebih bayak ombak boleh dijangka selepas ini," katanya.

Ryan berkata, amaran yang dikeluarkan itu sejajar jangkaan ombak setinggi setegah hingga satu meter di atas paras laut biasa pada masa itu. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain