suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Belas Cedera Dalam Serangan Bom Pattani

PATTANI: Dua belas orang cedera dalam satu kejadian letupan bom berhampiran sebuah penjara di daerah Mueng di sini, pagi ini.

Ketua Polis Mueng, Pol Col Manus Siksamat berkata, pemberontak menyembunyikan bom seberat lima kilogram di sebuah motosikal yang diletakkan di luar penjara dan diletupkan menggunakan alat kawalan jauh apabila 12 orang awam terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita melintasi kawasan berkenaan pada pukul 7.45 pagi.

"Polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui sebuah lagi bom seberat 10 kilogram disembunyikan dalam semak kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian," katanya.

Lebih 3,800 orang terkorban dalam tempoh enam tahun lalu selepas puak pemisah melancarkan semula konflik bersenjata untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah di Selatan Thailand iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain