suria

Dua Tentera Ditembak Mati Dan Dipenggal

NARATHIWAT: Dua anggota tentera ditembak mati dan dipenggal manakala seorang lagi cedera dalam satu serang hendap dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemberontak di daerah Rusok, di sini, semalam.

Ketua polis Rusok Pol Col Samart Wichaichatkakkak berkata mereka diserang oleh 10 lelaki bersenjatakan M16 dan AK47 ketika membuat rondaan di kawasan itu pada pukul 3.40 petang.

Tiga anggota tentera itu adalah antara tujuh anggota yang meronda kawasan terbabit bagi memastikan keselamatan guru-guru sekolah di Baan Tamjareng, Koksato, Rusok.

Beliau berkata kumpulan yang disyaki pemberontak itu turut melarikan dua M16 dan sejumlah peluru milik anggota tentera terbabit.

Pol Col Samart percaya kejadian itu adalah tindakan membalas dendam kumpulan disyaki pemberontak itu selepas dua rakan mereka dibunuh pasukan keselamatan Thai berhampiran Bachok dan Jok Irong dua hari lepas.

Lebih 3,800 orang terbunuh sejak enam tahun lepas apabila kumpulan pemberontak melancarkan semula gerakan menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain