suria

Pegawai Presiden Palestin Digantung Tugas Ekoran Skandal Seks

RAMALLAH, Tebing Barat: Pegawai kanan Palestin yang dituduh terlibat dalam skandal seks selepas rakaman disiarkan di stesyen televisyen mendakwa dia adalah mangsa perangkap dan ugutan.

Rafiq Husseini yang merupakan pegawai tinggi Presiden Mahmoud Abbas mengulas demikian selepas beberapa jam digantung tugas sebagai Ketua Staf. Mahmoud turut mengarahkan tiga anggota jawatan kuasa menyiasat hubungan sulit berkenaan dan melaporkan kepadanya dalam tempoh tiga minggu.

Pendedahan skandal berkenaan oleh televisyen rejim Yahudi minggu lepas yang menunjukkan Rafiq tidak berpakaian di katil sambil memanggil seorang wanita unutk bersamanya. Ia dirakam secara rahsia pada tahun 2008 oleh bekas perisik Palestin, Fahmi Shabaneh dengan pakatan sulit wanita terbabit.

Fahmi mendakwa Husseini menggunakan pengaruhnya untuk seks.

Beliau berkata telah menyerahkan pita rakaman dan bukti penyelewengan melibatkan pegawai kanan kerajaan kepada Mahmoud tapi tidak diendahkan. Bagaimanapun sebaik sahaja rakaman itu disiarkan, pihak berkuasa Palestin menuduh Fahmi berpakat dengan rejim Yahudi untuk mencemarkan kredibiliti Mahmoud.

Semalam, Husseini pada satu sidang akhbar mendakwa bahawa dia adalah masngsa konspirasi bertujuan mengalangnya memperjuangkan hak rakyat Palestin.

"Saya diserbu oelh kumpulan yang bekerja dengan risikan Israel.

"Kumpulan ini menggunakan rakaman itu untuk mengugut saya secara kewanagn dan politik, dengan kata lain saya perlu meninggalkan kerja saya di Jerusalem dan meninggalakan tanah air. Saya tidak tunduk," ujarnya.

Dia berkata, rakaman itu telah diubahsuai dan memberitahu telah memaklumkan kepada Mahmoud sebaik sahaja insiden itu berlaku.

Dalam pada itu, Fahmi turut mendakwa memiliki dokumen yang membuktikan sebahagian mereka yang rapat dengan Mahmoud mencuri berjuta-juta dolar dari dana awam tetapi dia enggan menyerahkan bukti-bukti terbabit untuk siasatan lanjut.

Walaupun pihak berkuasa berjaya memperoleh pujian antarabangsa kerana berjaya membersihkan anasir rasuah di kalangan pegawai kerajaan yang menjadi-jadi semasa pemerintahan Allahyarham Yasser Arafat, gerakan Fatah pimpinan Mahmoud tetap dicop ekoran segelintir pegawainya dikatakan mengumatakan kepentingan peribadi berbanding negara. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain