suria

India Sediakan Bantuan US$10 Juta Kepada Palestin

NEW DELHI: India mengumumkan geran US$10 juta kepada Palestin dan berharap Pelan Damai Arab akan segera digerakkan bagi menyelesaikan konflik di rantau itu.

Perdana Menteri Manmohan Singh menyatakan komitmen kerajaan India itu kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang melawat Delhi semalam.

Dalam pertemuan itu, Abbas memberitahu pemimpin India itu mengenai perkembangan di Asia Barat dan juga berterima kasih kepada kerajaan India kerana sentiasa menyokong dan membantu rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar India mengulangi sokongan India terhadap Pelan Damai Arab dan berharap tindakan bersepadu dapat dipertingkatkan agar konflik di rantau itu dapat diselesaikan secara menyeluruh.

"Komitmen India terhadap perjuangan Palestin ini adalah selaras dengan sokongan kami kepada resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu," kata kenyataan itu.

Abbas, yang sebelum ini melawat Bangladesh, kemudian berlepas ke Pakistan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain